Thursday, 22 December 2011

Entry sebelum midterm.

Dalam kesibukan dunia kampus, banyak benda aku sibukkan, sampai blog ni pun tak sempat untuk aku update, dengan penglibatan aku dengan kelab-kelab, untuk semester ni, aku akan lepaskan jawatan aku sebagai Naib Presiden untuk Kelab Usahawan, biar muka-muka baru yang meneruskan legasi, sudah 5 minggu semester ni bermula, aku rasa macam baru sekejap, tau-tau assignment, test dan quiz menanti untuk datang menghempap sekaligus selepas cuti mid term nanti.

Hari ni aku baru je selesai dengan produksi Pentas digma di mana produksi ni baru je pentaskan teater yg bertajuk Tinggi-tinggi si matahari, teater yang pernah dibawakan semasa pekan teater yg lepas, aku rasa aku ada pos tentang teater ni, alhamdullilah teater ni berjaya mengutip kutipan jualan tiket sebanyak RM 1300++ , sibuk berteater, aku sempat jugak menjenguk AGM kelab rekreasi, untuk semester ni, memang banyak aktiviti2 yg aku akan join, insyallah, ada kayak, abseiling, water tubing dan pelbagai lagi aktiviti-aktivti outdoor yg lain, btw minggu depan 28 dec aku akan mendaki gunung nuang pula dengan budak2 course.

Sibuk2 aku dengan aktiviti2 ni, sempat jugak aku mengikuti isu semasa dari kes himpunan menuntut kebebasan akademik, adam adli turunkan bendera najib sehinggalah ke Panglima melayu nak ludah mahasiswa, semuanya sempat aku ikuti perkembangannya, bukan aku mau cenderung kepada mana2 parti, tapi bagi aku jika kita yg tak ambil tau pasal benda2 ni, siapa lagi yg nak ambil tau? ada tindakan mereka yang aku setuju dan ada sesetengah aku tidak bersetuju dan tidak sesuai untuk mereka praktikkan disini, aku malas nak mengulas banyak tentang benda ni, pandai2 la kita fahamkan.

Esok, aku akan kembali ke KL, untuk cuti mid-term, ada pulak year end sales! memang best :) nanti kita jumpa di KL okay brotha?cauu!

No comments:

Post a Comment