haha dari pagi sampai ke malam duduk ngadap pc ni je haa. lepas sahur smpai kol 1 aku online lepas tu tidor balik smpai pukul 5. haihh, patut aku dah balik asrama semalam. tapi malas la lagi pon paper trial dah habis, maybe esok lepas sahur aku balik sane. tapi buat2 mcm outsider sudah. Lagipon aku tgk ramai je budak asrama aku tak balik lagi. dok aku online2 aku usha lahh youtube semua. last2 jumpa video pasal indonesia tuduh malaysia curi bahasa indonesia. ade ke patut? pelik pelik.
ahaha dorang ni tak sedar kot2 ni yang buat aku tak puas hati ni hahah
Bahasa Melayu (Jawi: بهاس ملايو) ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Johor Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu.
ambik kao fakta ni aku bagi. hahaha
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu
dah la kat rumah ni mak aku dok pasang citer indonesia ni jea
sinetron tak habis. dari sekar ke upik abu dan laura
hahaa
No comments:
Post a Comment