Thursday, 26 January, 2012

Fenomena Ribut Solar 2012

Ribut solar? apa tu? atau lebih dikenali sebagai ribut geomagnetik yg boleh menganggu sistem grid elektrik di bumi dan juga sistem magnet bumi, adakah ianya bahaya kepada ketamadunan manusia? mengikut teori memang ya, kita akan kembali ke zaman batu, takde karen bro! hahah


ini sedikit sedutan berita mengenai fenomena ini :

Ribut geomagnet kuat dalam enam tahun diramalkan mencecah medan magnet Bumi pada bila-bila masa hari Selasa (24 Januari), dan dijangka menjejaskan laluan syarikat penerbangan, grid kuasa dan satelit.

Coronal Mass Ejection dari atmosfera Matahari menuju ke arah Bumi pada hari Ahad(22 Januari), membawa partikel solar bertenaga pada kira-kira 5 juta batu sejam(2000 km sesaat), kira-kira lima kali lebih cepat daripada partikel solar biasanya.

Jika terjadi frekuensi tinggi boleh mengganggu komunikasi radio yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan berhampiran dengan Kutub Utara dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.

Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian khusus kapal angkasa untuk menghalang dari dos yang memuncak dari radiasi solar.

Ribut geomagnet kali ini mungkin akan berukuran sederhana atau kuat, tahap dua dan tiga pada skala tahap lima, lima yang paling ekstrem


wow sangat membahayakan, mana la tau kan, semua wireless device akan terjejas, jadi pasni semua akan berhubung secara telepati mcm orang dulu

Org ckp masa zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, masa zaman Hang Tuah, manusia berhubung melalui telepati, mungkin juga ribut geomagnet ni, merosakkan sel2 dn saraf2 manusia pada tahun 1511 dulu pastu terpaksa la manusia cipta telefon seperti apa yang kita nikmati pada hari ini.

Dulu-dulu kan pendekar buleh terbang, tak kisah la kat china ke, kat Tanah Melayu ke, Kepulauan Jawa ke, tapi mungkin jugakla magnetik storm ni telah menjejaskan system tubuh manusia utk terbang, maka terpaksalah manusia cipta payung terjun,helikopter dan alat2 untuk terbang.

Teori yang aku bagi diatas sangat2 berguna untuk kita semua fikirkan, mari lah kita berfikir.

p/s: I'm survived from Solar Flare. (26th Jan). Status terkini ribut geomagnetik dilaporkan oleh ANGKASA : http://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/status-terkini-fenomena-ribut-geomagnetik-26-jan-2012/335589043130574

Thursday, 19 January, 2012

Post melepaskan lelah di tangga.

Hey ya! Dah lama aku tak update apa selepas post aku tempoh hari, kenapa aku kata ini post melepaskan lelah di tangga? sebab aku post ni even test aku tak habis lagi, rilek dulu tengah2 tangga ni, sekarang ni life aku macam busy dari minggu lepas aku disogokkan dengan test-test dan quiz-quiz tanpa henti, otak aku pun boleh jam macam ni, minggu depan jumpa lagi test law, minggu ni dari hari isnin hari tu, banyak presentation yang aku terpaksa buat. Untuk subject Public Relation aku cuba untuk bawak isu AUKU, memandangkan isu ini agak famous, tapi malangnya kebanyakkan kawan2 sekuliah dengan aku tak tau apa itu AUKU, ada yang tau tetapi tidak cakna akan isu semasa, isu Adam adli, kenapa terdapat segolongan radikal mahasiswa yang menentang akta ini, jika dilihat dari sudut undang2, Akta ini sememangnya boleh dilabel sebagai tidak sah sebab membelakangkan perlembagaan Malaysia, macam hak untuk bersuara/berpolitik, hak berpersatuan dan banyak lagi, boleh kaji lebih isu ni kalau nak tau.


Walaupun test penuh, kesibukan aku turut bertambah apabila aku terlibat dengan produksi Pentas Digma untuk teater Tinggi-tinggi si matahari, naskhah teater ni sememangnya boleh dibanggakan apabila menjadi calon untuk dibawa mewakili Perlis dalam manifestasi Teater kebangsaan, insyallah jika berjaya ujian kelayakan nanti. tugas aku dalam produksi adalah design banner, pamplet dan juga flyers selain tu aku juga turut terlibat dalam mempromosikan pementasan ni yang telah dibuat di Auditorium Taman Budaya Perlis pada sabtu dan ahad lepas, Alhamdulillah pementasan berjaya walaupun terdapat kritikan2 pedas dari aktivitst2 teater.

bersama crew2 produksi dan pelakon teater TTSM

Sebelum aku lupa, Happy chinese new year to all my chinese friends, tak kira lah dari mana pun. and yes, best juga dapat cuti even tak lama, dapat relex jugak. lepas cuti ni mungkin aku akan pergi ke Pulau Langkawi untuk event kayak dengan budak2 dari Sport science, and yes this is my 1st time to try this activity, tak tau la apa rasa, before this just aktiviti darat je macam hiking, tracking and bnyk lagi la, kalau water activity yang aku penah buat pun mungkin tubing, ok mungkin ini je yang aku nak post untuk kali ini, entah ada orang ke idok. see again guys! :)

Wednesday, 4 January, 2012

Gunung Nuang sebelum new year.

hello!

agak lama jugak aku tidak update segala hal yang berlaku dalam blog ni, mungkin aku hanya memandang enteng blog ini sepi tanpa diurusi, ini adalah post pertama untuk tahun 2012. tahun yang semua kata tahun kiamat, tahun kehancuran, dan tahun yang penuh malapetaka, itu orang yang kata, tapi tahun ni jugak aku cadang nak naik gunung kinabalu! 13 ribu kaki dude, insyallah kalau ada rezeki memang aku akan sampai.


sebelum new year aritu aku baru je pergi Gunung nuang dekat Selangor, gunung ni ramai yang anggap biasa2 je, gunung senang. walhal dikalangan kaki gunung mereka mengkategorikan gunung ni sebagai semi-hardcore, sebab ada part yg kita kena climb dan naik agak mencanak, aku pergi masa 28 dec yang lalu dengan beberapa geng kerek's, gunung ni takde lah tinggi mana, cuma hampir 5 ribu kaki jugak dari paras laut, walaupun melihat dari zahir dan fizikal gambar, kitorang memakai baju kerek's tapi ini adalah underground trip, takde pun bajet uitm :( hahah


Fakta menarik gunung ni adalah terletak di sempadan pahang-selangor, selain ada trek dari janda baik, haritu kitorang pergi 2 hari, mostly org banyak buat daypack dan training di gunung ni, kitorang buat 2 hari sebab kitorang nak camping sekali.


hari pertama kitorang tak shoot terus naik gunung, lepak2 mandi sungai dulu di kem lolo, masuk hari kedua baru kitorang shoot ke puncak dalam pukul 3 pagi start tracking, cuaca memang sejuk dan angin bertiup agak kencang, aku cuma risau pokok tumbang je, dalam pukul 6 pagi kitorang sampai ke atas puncak, memang awesomeness we can make it only 3 hours from a base camp!


lepak kejap la kat atas, then around 8 pagi turun balik, but the sad thing, x leh tengok sunrise pun, cuaca kat atas sangat sejuk dan angin kuat even suhu yg dicatatkan just 20 celcius, lepas dan turun semua sebelum balik melantak dulu sate kajang, and yes this is very saving trip. hahaha

comei dak? hahaah

p/s: ramai peminat bazli terbang soh update. so aku update lah ye. LULZ sila muntah.

Thursday, 22 December, 2011

Entry sebelum midterm.

Dalam kesibukan dunia kampus, banyak benda aku sibukkan, sampai blog ni pun tak sempat untuk aku update, dengan penglibatan aku dengan kelab-kelab, untuk semester ni, aku akan lepaskan jawatan aku sebagai Naib Presiden untuk Kelab Usahawan, biar muka-muka baru yang meneruskan legasi, sudah 5 minggu semester ni bermula, aku rasa macam baru sekejap, tau-tau assignment, test dan quiz menanti untuk datang menghempap sekaligus selepas cuti mid term nanti.

Hari ni aku baru je selesai dengan produksi Pentas digma di mana produksi ni baru je pentaskan teater yg bertajuk Tinggi-tinggi si matahari, teater yang pernah dibawakan semasa pekan teater yg lepas, aku rasa aku ada pos tentang teater ni, alhamdullilah teater ni berjaya mengutip kutipan jualan tiket sebanyak RM 1300++ , sibuk berteater, aku sempat jugak menjenguk AGM kelab rekreasi, untuk semester ni, memang banyak aktiviti2 yg aku akan join, insyallah, ada kayak, abseiling, water tubing dan pelbagai lagi aktiviti-aktivti outdoor yg lain, btw minggu depan 28 dec aku akan mendaki gunung nuang pula dengan budak2 course.

Sibuk2 aku dengan aktiviti2 ni, sempat jugak aku mengikuti isu semasa dari kes himpunan menuntut kebebasan akademik, adam adli turunkan bendera najib sehinggalah ke Panglima melayu nak ludah mahasiswa, semuanya sempat aku ikuti perkembangannya, bukan aku mau cenderung kepada mana2 parti, tapi bagi aku jika kita yg tak ambil tau pasal benda2 ni, siapa lagi yg nak ambil tau? ada tindakan mereka yang aku setuju dan ada sesetengah aku tidak bersetuju dan tidak sesuai untuk mereka praktikkan disini, aku malas nak mengulas banyak tentang benda ni, pandai2 la kita fahamkan.

Esok, aku akan kembali ke KL, untuk cuti mid-term, ada pulak year end sales! memang best :) nanti kita jumpa di KL okay brotha?cauu!

Saturday, 3 December, 2011

Sambung balik diploma.

Salam semua.

Yap, dah lama aku menyepi, actly tak pun, kalau tengok twitter tiap jam update, tapi aku cuma menyepi dari berblogging. kira lama juga aku tak buat the latest entry after aku turun dari chabang haritu, dah 2 minggu sem empat ni bermula, sedar tak sedar dah 4 sem aku kat sini, dekat setahun lebih dah.

Masa mula2 sem tu, memang ada ura2 yang aku tak akan kembali ke Arau lagi, yah aku dapat fast track untuk buat IB (international business) di kampus bandaraya Melaka, dan yang membuatkan confirm nye adalah aku sememangnya dah tekan accept pada surat tawaran hari tu, no turning back bak kata orang, ke Melaka la aku patutnya.


Bila aku balik Arau masa sem baru start, goal aku memang aku nk setelkan semua benda sebelum aku cau dari Arau, ramai juga yg menyokong aku ke fast track dan ramai juga yang tak sokong. -.-' tapi takpe lah, walaupun aku dah tekan accept and student status aku di UiTM Arau tidak lagi aktif, 'student status not valid (-1)', masih ada lagi yang memberi pandangan kebaikan dan keburukan pergi ke FT ni.

Last minit juga lepas aku mengerjakan sembahyang istikarah untuk kali kedua, hati aku kuat mengatakan supaya aku terus kekal di bumi arau untuk 2 Sem lagi, insyallah. Selepas membuat sedikit urusan dengan pihak kampus induk dan menghantar surat pembatalan, akhirnya fast track aku telah cancel and aku telah aktif semula menjadi student UiTM Arau, insyallah untuk semester2 yang tinggal ni, aku akan membuat yang terbaik, maybe aku dah forgone an opportunity that only come once, tapi bak kata mak aku, semua itu ada hikmah, mungkin aku akan dapat yang lebih baik lagi, sekarang ni ada lagi urusan aku tak selesai sebabnya id aku untuk FT masih lagi aktif, so ada 2 student id untuk aku dan kedua-duanya able to register courses. lol

p/s: untuk kawan2 batch yang terus ke FT, good luck yah!