Thursday, 10 June 2010

Lagenda Budak Setan?

Semalam , aku lepak sunway dengan member, dah puas karoke smpai suara pun hilang, tengok wayang la pulak show midnite. Cerita Lagenda Budak Setan, cerita yang di katakan best ( konon2 la ) semua kat facebook dok cerita yang cerita ni tip top sgt, so entry harini aku nak bg review about this film.




Title : Lagenda Budak Setan 2010
Duration : 106 Minutes
Type : Romantic ‘Comedy’
My Rate : 2/5 stars

info – Cerita ini hasil adaptasi daripada novel karya Ahadiat Akashah, popular pada pertengahan tahun 90′an.

Cerita ni bermula masa akasha n the geng study dekat kolej lagi, tapi yang pelik kenapa kolej diorang masih panggil cikgu? cikgu loga? 'selamat pagi cikgu?. apa tu? dah macam sekolah dah.
bukan tu je, siap ada ketua geng? kacau perempuan dengan cicak? tu semua budak skolah yang buat.

Plot cerita yang terlalu dimampat kan sehingga pening aku nak faham, semua cakap la kan cerita ni sedih, smpai ada yg menangis? Hah kitorang dalam wayang tu siap gelak2 lagi bahan pelakon yang sebut 'R' tak betul, 'marah2?','orang2'. haha sebut cover la sikit, jangan smpai sebutan R tu nampak sgt keras.



Lakonan pelakon yang agak kaku, skip yang terlampau skema, cerita ni jadi best sebab 2nd main actor Lisa Surihani, sebab dia comel, bila watak dia ditukar kepada orang lain memang kitorang dah start maki haha :D tapi cerita ni naikkan mood balik bila watak yang dibawakan Fazura muncul. Fazura ni dah la lawa! haha x macam Emilia yang make up agak2 tak boleh tebal lagi kot. Kalau ada sambungan biar akasha ni kawin nan fazura baru cool!

Main actor pulak? alahai die ni lagi, takde orang lain lagi ke nak jadi hero? sape lagi kalau bukan Farid Kamil, tapi lakonan Que Haidar memang gempak, menjadi! cool giler even his character is antagonis character yang boleh buat orang benci. Que berlakon jadi azmi dalam filem ni, best ayat dari die bagi aku ' Aku sayang kau bodoh! ', memang cool haha :D , yang agak tak boleh bla masa Emilia (Ayu lepas tukar muka ) nak bersalin, doktor tu dok cakap ' teran, teran lagi, yea macam tu' ulang2 dah macam Hasbullah Awang tengah bagi review untuk tournament bola daaa.

Lagu soundtrack untuk filem ni ' bila cinta ' whole film asyik ulang2, smpai aku keluar wayang tu pun dah boleh hafal dah lagu tu, bila cinta.. kini.. hahah :D letak la lagu lain sikit kan.

Btw movie ni maybe ada sambungan lagi, aku harap sambungan filem ni okay sikit dari lagenda budak setan 1 ni yang Hampeh!

SAYA SAYANG AWAK.....
SAYA NAK AWAK TAU...KAT SANA NANTI SAYA AKAN RINDU AWAK... kahkahkah!


p/s : sape2 yg tgk Lagenda Budak Setan ni kat Sunway Pyramid show midnite mlm tadi , sorry la kalau kitorang gelak2 kuat sangat hahaahahahahha :DDD


dah happy2 tgk movie ni, nak balik pulak helmet kena curi, memang terbaik! haha lalu tanpa berfikir panjang aku pun balik tanpa memakai helmet (_ _'') , nasib baik sunway dengan rumah aku tak la jauh mana 5 minit smpai.

2 comments:

  1. so, biasa je la cite ni?
    hahahar sebaik i tak tgk :D

    tapi tapi nk tgk gak ahh, sbb que haidar ade :) hohoho :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete