Tuesday, 7 June 2011

Harus tidur.



I.

Kini, pagi bukan malam, tapi kenapa bila mahu tidur orang sering kata kan goodnight padahal hari sudah pagi? Sistem biologi tubuh memang begini, walau hari berlalu, kita masih rasa hari yang sama, bila tidur, bangun pagi, baru dipanggil hari baru.

II.

Dinihari pekat diluar, tapi kenapa aku masih disini, merenung kosong diruangan entry, aku bukan insomnia yang memerlukan ubat untuk tidur, tapi aku tetap terpaku dan menunggu, ya, itu dia, di waktu begini baru aku dapat berbicara dengan dia , aku gembira aku senang dan aku suka.

III.

Bila pagi, aku cuba dan berusaha untuk membuka mata, perkara biasa, tapi aku perlu, kerana telah diletakkan harapan kepada aku, aku harus cuba, telahku pikul tanggungjawab ini, mereka membayar kerana mengharapkan balasan yang sempurna, terima kasih rakyat pembayar cukai di malaysia. aku maksudkan disini bayaran biasiswa. ya, ini semua bukan sia-sia, aku cuba perlu berusaha.

dan sekarang. Aku harus tidur.

1 comment:

  1. wslm, boleh jer, tapi blog ni bukan bnyk followers pun, yang ada pun silent readers jer :)

    ReplyDelete