Monday, 6 June 2011

Manusia itu.

ini karya kolabrasi aku bersama Nofa Ghazali.




mungkin sebab aku manusia

aku terleka..
aku perlu berhenti untuk berfikir..
aku patut malu..
jadi manusia seperti itu.

kau harus fikir, manusia, apa itu manusia?
bukan teori darwin yang dicipta
tetapi manusia ciptaan sempurna dari tuhan
bila tuhan kata jangan, kau kata sila
bila tuhan kata sila, kau rasa seperti jangan
inilah manusia

kau fikir kau hebat?
kau fikir kau tinggi?
kau fikir kau dunia?
kau hanyalah manusia
aku juga manusia

kenapa manusia yang menjadi persoalan?
sedangkan malaikat pernah berkata
'manusia perosak kehidupan di dunia'
tapi, kita manusia, punya akal fikiran
kau mahu keburukan atau arah kebaikan.

tapi kau kata
pedulikan apa itu kebaikan
pedulikan apa itu keburukan
manusia sekarang mengejar kebendaan
tidak di ajar lagi apa itu baik, apa itu buruk
asalkan puas menikmati hidup
baik dan buruk bukan ukuran

manusia dari serata dunia
pasti luaran dilihat berbeza
dari yang pucat ke legam yang amat
tapi isi hati itu yang perlu kau tahu
bukan persoalan fizikal yang perlu disoalkan

manusia, punya akal
kau guna kau pakai
pasti kau pandai
bila pandai, kau jangan rasa hebat
kerana tuhan lagi hebat
aku puji tuhan, *allahuakbar
aku sujud aku tunduk

tapi ada manusia yang bebal
bila dirasa hebat mengalahkan tuhan
mengutuk mencaci agama kesucian
menjaja kebodohan diri didalam karya picisan

mungkin kau lupa, tapi aku ingatkan
tuhan itu maha adil, maha pengampun
mungkin ada jalan untuk keampunan

cuba kau cari kau selami dalam diri
tiada tuhan tiada lah engkau
kau hanya manusia biasa
tanpa izin tuhan kau tidak ada,

itu pasti, tapi

kenapa kau membongkak diri?
aku sedih aku kesian,
sudah hilangkah pedoman diri
atau kau mahu mati dalam cara yang kau dah pilih ini?
kau yang berkuasa, itu hak kau untuk memilih
hidup kau, kau punya

manusia

kau pilih sama ada neraka atau syurga.

---------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: tribute to Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara

4 comments:

  1. yeayyy... ble dah gabung mcm sedap la pulak.. haha..kene brush up lg.. nnt kte lawan lg ek..

    NG

    ReplyDelete
  2. pehh teringat plak time kita buat time sekolah dulu :)

    ReplyDelete
  3. haha jeng, yang masa sekolah dulu? cary dgn engkau tu kan? jap aku repost :)

    ReplyDelete
  4. NG : syukur tuhan beri kita cetusan idea :)

    ReplyDelete