Kini bulan Ramadhan bulan barakah, bila cakap saja pasal bulan ramadhan, pasti tak lupa bazar ramadhan. Yes syurga makanan, macam2 kita boleh jumpa dekat sini, sekarang aku dekat Perlis, negeri kecil hujung utara malaysia.
Bazar Ramadhan dekat sini memang tak sehappening bazar ramadhan dekat KL, but makanan2 yang ada kat sini banyak yang beza and 'pelik' actly, lagi2 bila cakap bab kuih, ada kuih kuning design macam karipap tapi bukan karipap, ada pulak kuih qasidah, and kuih yang pakai tepung apa tah, memang banyak yang beza dari KL, kuih2 macam ni lah aku try, 4 seringgit jer beb hehe.
Makanan2 lain pulak, macam Lokching, dekat Perlis jer ada, dekat tempat lain memang susah nak jumpa, Lokching ni macam sosej, boleh dibakar dan boleh digoreng, memang sedap, ada tomyam lah ayam cheese lah, ada ayam pulut lah, Best Habaq Hang! haha tapi.. berita terbaru ni buat tak best sikit :
" Lokching "
KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.peh! ada babi ker? selama ni aku duduk melantak makanan macam ni, tak tau takpe kan, bila dah tau kita tinggalkan lah, tu lah selama ni nak belajar lembab sebab makan babi! hahaPerkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.Sumber : hmetro.com.my
Makanan kat bazar ramadhan kat Perlis ni yang pelik2 lagi macam SomTam (sejenis makanan thailand yang memang Faveret aku), coconut shake, kat sini pun ada murtabak, cuma yang pelik nya murtabak kat sini makan dengan kuah bawang jer, dorang tak provide kuah kari macam murtabak yang ada kat KL.
So, aku dah beli tiket balik KL, 25 Ogos nanti, bila dah balik KL memang gua akan serang Bazaar Ramadhan! Bubur lambok Kg Baru Wajib! Tauhu Sumbat, Roti John Kem, dengan Murtabak Raja! dan Selamat Berpuasa Semua :D
P/s : Ramadan is the Month of Fasting, not the Month of Food.
kat utara memang orang makan murtabak dengan bawang lahh .. bawang uh dorg perap dalam cuka .. sooooodapp ... hahahaha
ReplyDeleteahha oh ye ke? gua cari kuah kari! baru heaven beb habaq hang! hahah
ReplyDelete