Wednesday, 10 August 2011

Bila Privasi bukan lagi privasi.

Privasi adalah satu perkataan yang sukar diberi maksud yang tepat, senang difahami sebagai keselamatan, rahsia atau satu ruang hanya untuk kita sahaja, bila satu privasi itu telah dicabul, adakah ia boleh mengugat ruang yang kita ada?


bagaimana mereka tahu gambar ini ditangkap di Afghanistan?

Adakah kita tahu bahawa setiap gambar yang kita tangkap sebenarnya menyimpan data-data seperti bila? dan di mana? gambar itu ditangkap, US telah membangunkan satu sistem bernama FINDER di mana ia mampu melakukan tugas geolocate(tugas mengesan kedudukan sesuatu maklumat yang dihantar dan diterjemahkan dalam bentuk koordinat), gambar2 yang ditangkap biasanya mempunyai metadata yang disave dalam format EXIF , kebanyakkannya kita dapat lihat dalam DSLR mahupun kamera digital dibahagian MENU.

Oleh kerana Google Image, Google Maps dan Google Earth semakin canggih diupdate setiap hari(ada yang mengatakan semua data dari Google Earth ni datang dari kerjasama dengan syarikat ketenteraan.GPS pun sama kan?),maka gambar orang yang beri taklimat di atas tadi dapat diterjemahkan ke dalam Google Earth kepada ini:


Apa yang lebih bahaya ialah bila gambar itu dimasukkan ke dalam Facebook contohnya,maka akan dikesan sedikit metadatanya berdasarkan data yang ada dalam gambar itu dan dari mana gambar tu diupload, adakah ini salah satu cara mereka untuk mengesan siapakah pewaris nabi itu? rujuk - artikel Zaman Dajjal? dan teknologi HAARP

Facebook juga sebenarnya telah banyak mendedahkan maklumat peribadi/privasi seseorang dimana number telefon/emel secara terang-terang kita dapat lihat dibahagian info (jika tidak diubah dibahagian privasi), yang terbaru facebook telah membangunkan Aplikasi FACEBOOK MOBILE untuk kegunaan telefon yang mempunyai akses web, secara automatik sesiapa sahaja yang menggunakan aplikasi ini setiap contact dalam telefon kita akan diimport ke dlm FB MOBILE. Untuk lihat contact2 yang ada, klik pada bahagian 'account' - atas kanan, tekan 'edit friends', pilih 'contacts' -dibahagian kiri, dari situ setiap contact number akan dipaparkan.

1 comment:

  1. u're vry gud thinker perhaps.. so,erm
    do u hv a girlfrend? or gal dat u love?
    then, do u agree with statement 'if u love someone, u should tell her/him if not u will regret.. n u should try to get her/him'...? let's see how u think bout it..=)

    ReplyDelete