Wednesday, 24 August 2011

Catatan Akhir Ramadhan

24 ogos, tengok kalender, dan tengok lagi, esok pun tengok lagi, sebab lagi 6 hari kita akan jumpa bulan syawal :D sekali lagi dengan kesempatan bulan kemenangan tu pasti ada yang minta maaf sana sini kan, Maaf Zahir batin, seringkali kita terdengar seseorang tu akan cakap ' maaf zahir je lah ye, batin takde' actly maaf zahir batin tu sendiri adalah satu kemaafan yang tulus dari hati, maaf jika kita pernah menyakiti dari segi luaran (zahiriah) atau dari segi dalaman (batiniah), batin tu bukan batin yang kita dok fikir tu, batin tu adalah jika kita pernah tertegur sehingga terguris, terobek hati dan perasaan, sakit di batin sebenarnya lebih teruk dari sakit luaran, kerana benda ni berkaitan dengan keadaan psikologi seseorang, kecederaan batin yang teruk kemungkinan boleh membawa kepada pembalasan dendam.

Ops enough with the mukadimah, hehe tazkirah ramadhan free pulak harini, yeah hari ni boleh la bagi free2 macam tu, sebab lega sikit, beban2 untuk minggu ni insyallah dah lepas, baru je buat quiz qmt, interview, speaking test, alhamdullilah boleh buat, cuma tang interview tu slack sikit, kenapa masa interview aku boleh jawap sangkut2, padahal aku pernah jer pergi interview ni -.-' mmg tak puas hati tu, kalau boleh repeat untuk carry marks je kan bagus, so esok adalah hari yang dinanti2 sekali kot, haha sebab esok malam aku akan balik ke kg halaman!! (kuala lumpur) kg ker? hahha nak kata eksaited tu, tak tau la, lagipun masa cuti mid term balik 2 hari jer, apa rasa kan? rasa2 nya untuk sem ni baru balik sekali masa cuti mid term yg 2 hari tu and tak balik2 lagi selain dari hari tu.

Memang best cuti, tapi bila cuti lama2 tanpa buat apa2, tu kita akan rasa bosan, serious ni, dalam cuti raya ni pulak untuk tahun ni, rasa2 mood untuk raya tu takde sangat, ye lah lepas cuti raya seminggu akan ada final exam pulak, dengan kena submit report statistic, report biscomm, and a few tests lagi -.-, nasib baik boleh lagi beraya, tak macam kawan aku sorang ni azeem yg tengah study dekat Beijing, China tu, pagi 1 syawal tu, orang sibuk nak solat raya, dia pulak sibuk nak jawap exam, yeah ada pro and contra jugak, raya is raya, exam is exam, walaupun mcm tu, aku tetap ada jugak impian nak continue kat luar, maybe untuk master ke kan? haha dari sekolah dulu, satu tempat yg memang aku nak pergi sangat adalah Australia. idk y, aku tak terasa pun nak pergi Europe ke, USA ke, but Australia is yes! dapat dekat Brisbane ke, dekat Adelaide ke or maybe Melbourne kan? hehe best jugak duduk tanah hujung2 dunia tu hehe.

Okay, enough for this entry, i will update later when i arrived at KL :) see yah!


P/S; ni gambar masa buka tadi -.-' sry nk letak gambar ramai2 selly tak upload, usb pulak rosak

No comments:

Post a Comment