Wednesday, 12 September 2012

Entry selepas sekian lama

Hello People!

Sudah sangat lama rasanya aku tak mengetik jari ini di permukaan putih hamparan di blog ini, agak bersawang dan tidak terurus, lantak! lagipun dari dulu aku buat blog memang untuk menghilangkan perasaan bosan dan + aku nak improve english aku, some of my entries wrote in english.

Jadinya dari entry yang lepas mengenai Bersih, dan situasi di dalamnya, agaknya sudah2 la mau cerita tentang politik di Malaysia, penat dan tidak akan matang rasanya, lagi2 di dalam sistem demokrasi yang diciptakan oleh Barat. Tidak akan berlakunya perpaduan dan perpaduan akhir zaman iaitu baiaat hanya baiaat untuk Imam Mahdi. Insyallah.

Btw , sekarang ni aku masih lagi belajar di UiTM Perlis alhamdullilah, masih diberi kesempatan sehingga ke semester 5, tinggal 1 sem lagi sebelum graduate dan mendapat segulung diploma, pelan2 ya kita kayuh, hingga ke Doctoral mungkin? siapa tau. Bila dah masuk tahun akhir ni macam2 ragam junior yg aku tgk, teringat jugak masa dulu, masa zaman jadi junior kan, memang banyak benda nak try dekat universiti, sedar2 sekarang ni pun banyak jugak kawan2 aku satu batch yang dari course lain dah sampai ke semester akhir (bermakna kos diorang hanya ada 5 sem) contoh : CS, Chemistry, Geomatik. Ada jugak course yg sem 6 tu diorang kena pergi keluar untuk praktikal, sayangnya kos aku tak begitu. 6 sem lah pulun belajar teori ye.

Ingat lagi masa zaman baru masuk U, sekarang diorang nak graduate dah, ingat lagi zaman kita Minggu Destinasi Siswa (MDS) sama2 susah senang masa tu, memang kenangan semua tu, dan kenangan tu kita takkan dapat lagi sampai bila2, jadi nikmatilah zaman junior anda di Universiti ya.

Alhamdullilah, sekarang ni banyak perubahan yang aku lihat, dari kawan2 aku, kawan2 perempuan aku yang dulunya 'free hair', kini dah berlitup kemas, insyallah kita boleh improve lagi, ramai kot, tak terkira ramainya, syukur akhirnya sampai jugak seru even seruan untuk bertudung tu dah sampai sejak 1400 tahun dahulu lagi, atleast berubah jugak.

Banyak perubahan lain lagi yg dapat dilihat, contohnya kawan2, ada kawan2 aku yang dulu sama 2 puasa, berhari raya sekali, tapi untuk tahun ni dah tak dapat beraya bersama dan takkan dapat lagi sampai bila-bila, 2 orang kawan aku dah pergi menemui illahi, Anep Din dengan Ayahanda Mirul Syafiq (doakan roh mereka ditempat dikalangan orang beriman )

Cukup sekadar disini entry aku, jika masa masih ada lagi didunia, insyallah ketikan seterusnya akan menyusul.

Salam.

No comments:

Post a Comment