Sunday, 29 April 2012

dari sudut mata aku : Bersih 3.0

 

 Bersih 3.0 adalah satu gabungan NGO yang memperjuangkan misi dengan 8 tuntutan. Honestly bapak aku adalah penyokong UMNO dalam election yang lepas, tapi aku turun bersih, atas dasar apa? atas dasar aku hendak tengok sendiri apa yang berlaku depan mata aku dari apa yang disiarkan di TV, konklusi yang aku dapat adalah dua version yang berbeza dari version yang aku sendiri saksikan, aku akan ceritakan menurut sudut mata aku dan keneutralan aku dalam sistem politik demokrasi di Malaysia.


Aku sokong kepada tuntutan2 bersih untuk satu keadilan yang sama rata bagi semua, jika ditanya adakah bersih itu salah? atas kertas Perlembagaan Malaysia Artikel 10, diperuntukan rakyat bebas untuk bersuara dan berhimpun, dan undang2 yang tidak konsisten dengan perlembagaan persekutuan akan dikira 'voidable', and yes Dataran Merdeka telah mendapat perintah mahkamah untuk tidak diadakan sebarang perhimpunan sehingga Selasa, 'hanya dataran merdeka' bukan lain-lain jalan di KL.


Dari sudut mata aku semuanya baik-baik sahaja dan aman sehingga pukul 2.30, di mana kelihatan semua orang duduk sambil mendengar ceramah dari penceramah dari mana, aku pun tak tau. pada masa mereka memberi ceramah aku berada di belakang, lepak2 bersama amoi cantik serata kl, dari berita yang aku dengar Azmin dan Anwar menyuruh peserta untuk rempuh ke dataran, dan pada masa rempuhan dilakukan, polis yang berada di hadapan barricade entah hilang ke mana seperti memberi laluan mudah untuk peserta masuk, and fakta yang perlu anda tahu, Anwar dan Azmin bukan lah penganjur bersih 3.0 tetapi diketuai oleh A Samad Said, selain dibantu oleh Ambiga dan beberapa individu yang lain, Penganjur bersih tidak pernah menyuruh untuk peserta merempuh ke dalam melainkan ianya arahan dari Anwar dan Azmin, takkan Ambiga yang suruh? dia adalah seorang peguam yang tahu akan undang-undang di Malaysia, jika langgar perintah mahkamah, seseorang itu boleh didenda sehingga RM 2000 dan penjara tidak lebih 6 bulan.


Masa teargas di lepaskan dan water cannon ditembak, aku dibarisan belakang, masa tu aku tengok keadaan sangat huru-hara, semua berusaha untuk selamatkan diri, aku dibelakang pun terasa sesak untuk bernafas dan pedih kulit, bagaimana orang yang berada dihadapan crowd, dari situ keadaan kelihatan huru-hara, aku dan beberapa orang kawan2 yang lain, lari menuju ke arah kawasan SOGO, pada hemat kami, polis tidak akan kejar ke situ kerana dataran yang dilarang oleh mahkamah, ternyata kami salah, polis masih lagi mengejar dan menembak teargas berpuluh kali. ( Majlis Peguam juga bersetuju Polis bertindak luar kawasan larangan, rujuk : sini )


Pada masa tu aku terpisah dengan group aku, aku hanya bersama 3 rakan, terus kami meluru ke hadapan SOGO, dari situ keadaan nampak terkawal, dan pada masa itu juga terdapat kereta polis yang lalu disitu, tetapi tidak ada yang mulakan provokasi dan hanya melihat kereta tersebut berlalu pergi, selang beberapa minit, satu rombongan van dan lori dari Bulan Sabit Merah Malaysia datang dan memberi air mineral secara percuma, bila dapat air percuma, orang semua akan datang dan berebut untuk air tersebut, semasa orang sedang sesak untuk mendapatkan air, Polis sekali lagi menembak teargas di kawasan tersebut di mana terdapat PBSM, ini adalah salah, kenapa perlu tembak PBSM yang hendak memberikan air percuma kepada orang ramai?


aku lari ke kawasan belakang, di mana kesan teargas kurang dirasakan, sebelum aku dan seorang lagi rakan memutuskan untuk kembali ke hadapan sogo, pada masa itu mungkin semua orang tengah panas akibat diprovokasi selain ditembak dengan teargas berkali-kali oleh polis, satu Kereta Polis datang dan bawak dengan laju dikalangan crowd, seorang peserta membaling botol kearah kereta polis diikuti oleh beberapa orang yang lain, dalam masa yang sama, terdapat beberapa orang yang turut menghalang dan berkata 'sabar2 jangan baling, jangan mulakan provokasi', selepas dari itu satu lagi kereta waja dari arah pertama dibawa dengan laju sebelum orang ramai membaling botol sekali lagi seperti apa yang kita saksikan di beberapa video di Youtube dan sebelum kereta itu secara tidak sengaja atau sengaja membelok ke tepi dan melanggar orang, 3 orang yang kena langgar, teruk, seorang wartawan ingin menolong, tetapi dia yang kena pukul, berbaju kelabu dan berseluar pendek dengan kepalanya berdarah terus lari ke arah satu motosikal dan memecut laju pergi dari situ? persoalannya apa motif dia? sedangkan orang2 disitu datang ingin membantu dia dan terdapat juga ambulans di tepi jalan.


'polis di hadapan barricade sebelum hilang'

Pada masa itu juga polis yang didalam kereta dibawa keluar oleh orang awam sebelum mereka bertindak memterbalikkan kereta kerana menyangka terdapat orang di bawah kereta tersebut, ada beberapa peserta yang hendak menyerang polis dan pada masa itu juga seorang polis trafik datang dan memegang pistol, bila dia dah pegang pistol, orang2 yang berkerumun dekat polis tu pun bertempiaran lari.


"tweet dari saksi disitu"

Aku juga lari dan pergi ke arah Cap Square sebelum rehat di sana lebih kurang 1 jam sambil melihat adegan tembakan teargas di kawasan Pasar di belakang Masjid India. kira-kira pukul 5 aku bergerak menuju ke Masjid Jamek dan bersiap untuk pulang,di masjid jamek keadaan masih lagi panas, polis dilihat seperti bertempur dengan orang awam, mereka membaling teargas dan orang2 awam disitu mengambil semula teargas dan baling ke arah polis, keadaan seperti tidak terkawal, polis datang dan menangkap beberapa peserta di bawah, dan memukul peserta tersebut, pada masa itu orang ramai di atas kawasan LRT masjid Jamek menjerit kearah polis yang memukul supaya jangan lagi pukul, seorang polis datang dan mencabar orang-orang di atas untuk turun dan 1 by 1 dengan dia.

pada masa tu jugak aku lari ke dalam kawasan LRT dan duduk di tepi tiang, keadaan aku betul2 teruk dengan keadaan kulit muka yang pedih selain tidak boleh bukak mata akibat dari teargas, ramai yang datang menghulurkan garam, aku rasa betul2 sesak, setelah keadaan sedikit ok, aku dan rakan2 terus ke LRT dan bergerak KL sentral sebelum kisah bersih yang aku saksikan sendiri berakhir. Ini adalah kisah yang aku sendiri lihat, bukan dari telinga orang mahupun kaca mata orang, Bersih 3.0 perlulah dilihat dari segala sudut, bukan hanya sudut politik kepartian yang akan berakhir dengan kebencian. Boleh juga lihat sudut pandang Hilal Asyraf disini mengenai bersih : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3055087621599&id=1395571657

No comments:

Post a Comment