Hari ini.
Aku tunggu.. tunggu dan tunggu.
Yeah hidup ini, semuanya menunggu,
Menunggu giliran, dan menunggu apa yang perlu ditunggu, hari ini aku menunggu 'hanya untuk menggunakan mesin basuh di aras bawah' amat meletihkan, aku tinggal di aras atas, perlu naik dan turun, dari pukul 1 hingga pukul 5 aku menunggu, baru giliran aku, setelah berapa ramai orang yang memotong line dari senarai menunggu, tapi aku tau, ini semua untuk menguji kesabaran.
kau perlu tahu.
hidup ini berkenaan menunggu, bila kau tunggu dan tunggu, kau akan bosan, bosan dan bosan.
hari ini kau bosan, esok kau bosan, dan sudah tentu semalam pun kau bosan.
tapi jangan di salah ertikan semuanya ini kerja tuhan, kau harus bersyukur kau masih punya perasaan, dari orang yang hilang segala, tidak mampu untuk buat semuanya, tapi kau masih berupaya, aku dan kau masih gagah untuk bergerak dan sabar untuk menunggu giliran, hidup ini punya peraturan, kau perlu faham dan patuh, kalau kau langkau, pasti orang lain bosan kerana mereka juga menunggu, dan hadiahkan satu penumbuk atau caci maki kepada kau kerana kau bukan penunggu yang baik.
kau harus faham akan peraturan, semuanya berkenaan menunggu dan bosan. hidup ini berkenaan tunggu dan bosan.
zaman ini, semuanya mudah, segalanya hanya memerlukan jari bukan tulang empat kerat yang berjalan, hendak membasuh baju? kau hanya perlu tekan button ' on ' , hendak memberitahu sesuatu? kau hanya mengetik jari di papan kekunci , hendak berkenalan? kau tidak perlu berjumpa dan berkenal - kenalan, kau hanya perlu tekan pada tetikus sama ada kau 'accept as a friends' atau tidak. hidup kini semuanya mudah, dari 'tutorial' memakai tudung seperti Hana Tajima hingga membuat 'Pancake' yang sedap, segalanya ada di youtube. kau hanya perlu menggerakkan jari jemari, kau lapar di malam hari? hanya gerakkan jari mengetik number telefon McD delivery dan sekali lagi kau menunggu.
yeah kau harus tahu, hidup ini berkenaan menunggu dan bosan tapi jangan risau, kau masih punya tuhan.
-aku bukan peniru, tapi aku juga punya rasa hati-
No comments:
Post a Comment