kadang-kadang,
aku rasa aku hebat, tapi aku tipu, aku sebenarnya lemah, aku perlu bangun, tapi aku perlukan tongkat yang menyokong, semua orang rasa dirinya hebat, tak mau dipandang rendah, kau senior dia junior, dia tau apa, tapi..
kadang-kadang
aku terfikir aku pun pernah menjadi seperti dia, dia yang tidak tahu ini dan tidak tahu itu, tapi aku belajar dan berusaha untuk mencuba, aku naik dari satu tangga ke anak tangga yang atas, adakah susah hendak kau kurangkan keegoan, tapi
kadang-kadang
aku lihat, hilang kah kehormatan di mata kau, adakah kau tidak diajar untuk menghormati dan terasa dihormati, semua hilang kehormatan, tapi bukan kehormatan diri, kehormatan kepada yang lebih mengetahui akan selok belok segala, aku maksudkan disini siapa yang dipanggil senior
kadang-kadang
aku rasa, kuasa tu menunjukkan status, tapi buat apa kalau semua memandang kau serong dari tepi bukan ada secebis rasa hendak menjadikan impian itu benar menjadi realiti, kau hilang kawan, kau hanya ada lawan
kadang-kadang
aku rasa pelik hina dina melihat kau berbangga dengan apa yang kau pegang, kau senior, junior perlu takut, ini bukan asrama, kau harus tau, ini tempat kau , aku , kita dididik menjadi seorang yang hebat untuk negara dan juga bangsa
kadang-kadang
aku terfikir, aku diam, aku kunci mulut aku, aku memang selalu diam, aku hanya perhati, dari mula sampai akhir, kau tetap sama, kau kata ini ikut tradisi, bila dipecah tradisi kau kata untuk maju ke hadapan, tapi.. kau lupa kau pernah kata jangan pecah tradisi
kadang-kadang
kau perlu faham, bukan hanya faham tapi fahami. junior , senior atau apa saja tetap sama, cuma rasa kehormatan perlu berbeza, bila dunia kau dah pegang kau mula lupa, kau juga pernah dilayan sebegitu rupa akhirnya kau ulangi sejarah silam terhadap mereka. ingat dosa, ingat tuhan, ingat ibubapa, ingat semuanya.
p/s; cebisan hati untuk senior di universiti mara yang makmur di negeri perlis darul sunnah.
No comments:
Post a Comment