Tuesday, 16 August 2011

Catatan Separuh Ramadhan.

Hari ini berlabuh sudah tirai 16 ramadhan, tak sangka masa pantas berlalu, hanya tinggal separuh lagi perjalanan yang kita perlu lalui tapi aduhai, semangat raya untuk tahun ini terasa kurang, kerana apa? adakah kerana kekurangan stok mercun? stress memikirkan duit raya? atau? bukan itu dan bukan ini, ini semua kerana bahana assignment yang tak habis2 datang sejak bermulanya sem ni -__-''


Banyak juga assignment2 lama yg belum tersiap lagi, dateline nak kena submit, just around the corner beb! padahal assignment2 tu dah bagi sebulan dulu! ni lah dia, dah jadi habit nak buat macam mana kan, haha tapi yang kurang menariknya, tatkala assignment2 lama belum lagi disiapkan, datang pula segerombolan assignment2 baru yang perlu dibuat! yes, saya memang suka buat kerja banyak2, kena buat report lah, survey lah draft lah, but its okay sir, madam, and prof!!! akan ku tempuh semua ini demi master degree di Adelaide nanti! Okay ini tipu.

Hari raya nanti pulak kena dok pikiaq pasai final exam, yer final exam tuan-puan, lepas raya kelas seminggu, study week kemudian, final! so masa2 yang tertinggal ni baru dok kalut nak kejar carry marks! diwaktu inilah hati2 murni para pensyarah amat diperlukan.

Minggu ini ada dalam 2 assignment kena siapkan dan submit, minggu ini juga ada mock interview, minggu depan pula akan bertemu dengan madam untuk speaking test! i hope i can speak fluently ladies and gentleman, kalau setakat english, insyallah itu boleh, tapi speaking test untuk arabic language sekali beb! Gua dalam kelas ustad arab tu nama jer duduk dalam kelas, tapi fikiran menerawang entah ke celah mana, jari-jemari pulak tak habis2 nak update twitter, yelah mentang2 dalam kelas tu dapat wifi. hehe :D

Sebelum raya nak menjelma ni, lagi 14 hari kan, banyak jugak yang berlegar2 dalam cerebrum menuju ke medulla oblongata ni, shopping raya is the 1st thing beb! lepas tu nak kena kejar lagi banyak subject, chapter2 kalau dalam kelas tu, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, apa pun tak boleh -.-' harap2 benda ni boleh setel hendaknya yer, dengan tanggungjawab dengan kelab lagi, kertas kerja untuk sem depan perlu dibuat untuk mintak bajet , okay lah see again later, bulan puasa ni sifat rajin untuk update blog ni lebih sikit, hehe lama tak berkarang macam ni kan, bye bye dan assalamualaikum wahai para pembaca :)

1 comment: