Friday, 19 August 2011

Event merepek di fb

Ini artikel mengenai facebook.

Facebook adalah satu social network yang sememangnya amat berjasa sekali, facebook juga dapat menyambungkan kembali silaturahim diantara rakan2 lama yang hidup di zaman sebelum adanya facebook, ya ini kisah besar, aplikasi 'event' di facebook sememangnya amat membantu, di mana aku tengok ayah aku dapat jumpa balik dengan rakan2 sekolah dia masa tahun 1975! zaman tu takde facebook beb, tapi sekarang dengan adanya facebook dorang dapat jumpa balik, tak perlu upah spy atau surat menyurat yang menyusahkan para posmen.

Ada juga dikalangan facebookers yang sememangnya amat peka dengan teknologi ini, save bajet jemput orang datang kenduri kawin pakai aplikasi 'event' ni, memang amat bagus! nanti aku kawin aku invite anda semua pakai facebook jer lah yer, save rm 1.60 atau rm 2.00 untuk sekeping kad yang anda tengok kejap jer, lepas tu entah hilang ke mana :p

tapi... yang buat tak bagusnya bila segelintir orang-orang yang tak bertanggungjawab ni guna aplikasi 'event' dekat facebook untuk promote barang2, dan buat benda yang merepek! annoying! aku tak suka woi!! kenapa aku tak suka, sukahati aku lah aku tak suka kan. kalau sikit takpe, ni banyak weh! bila bukak fb jer, mesti ada notification event ni, kadang2 tu ada event 'berpuasa tanpa ayah dan ibu'. tu pun nak buat event! gila ke apa woii, antara event2 yang bangang yang tengah ada kat fb aku sekarang ni adalah
Contest: Meriahnya Ramadhan & Raya Portraiture.

100% TUNAI TERUS KE AKAUN BANK DAN USD TERUS KE MASTERCARD PERCUMA ANDA!!

PESTA 'LIKE' PICTURE.. <3 SYADUSS

4,000,000 To Attend To Get The Old Facebook Chat Back!

Ikuti 3G Contest! Dan menangkan total hadiah puluhan juta rupiah!!


apa ke bangang lah mereka2 ini, sungguh annoying , aku habaq hang, mengacau betul! kalau betul2 ajak untuk event takpe lah kan macam event2 ni yg tengah dok invite aku kat fb :

Majlis berbuka puasa Ex-Teknik Setapak 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Pn.Izwani

@Maison Merdeka Raya Celebration

*ops gua dah lama tak pergi clubbing, tapi depa ni still dok invite -__-''

tolonglah yer, jangan buat facebook ni jadi macam myspace yang telah mati itu, myspace mati kerana tag2 gambar yang takde kaitan dan old fashion, facebook mati sebab event bangang2 ni? stop it beb, baik aku lari dekat twitter, takde pun orang nak promote benda2 ni kat aku, okay sekian terima kasih :)

No comments:

Post a Comment