Monday, 12 September 2011

Banjir lagi : Perlis.

Ini bukan entry berulang, tetapi ini kejadian berulang, isu masih polemik, memang hujan dah berhenti, tapi macam biasa, hujan berhenti air tetap naik, empangan perlu dibuka, mengelakkan pecah, ada juga air yang turun dari Siam, apa mereka buat? dulu Perlis banjir 5 tahun sekali, sekarang, Perlis banjir 5 bulan sekali.

Fuhh.. 2 hari Hujan turun tanpa henti di kawasan Perlis, memang cuaca jadi sejuk, best jer tido, tapi Perlis kalau hujan lebih dari 2hari mesti banjir, engineering failed! tak pernah nak belajar dari pengalaman, mana dia pihak yg dipertanggungjawab kan? no idea to improve the condition of the river? tambatan banjir or something yang boleh settle up this problem? yah memang 3 sem aku dekat sini, 3 sem jugalah aku merasa banjir, and the sad thing is selalu banjir bila nak dekat final exam. ya kawan, lagi seminggu lagi sebelum paper 1st -__-'

So here, i drop some pictures about the flood but not originally from me, i get those pictures from 'anak perlis' FB.



gambar empangan Timah Tasoh, 4 Pintu dibuka 2.30 Ptg 11/09/2011


Gambar Timah Tasoh 8:45 malam 11/09/2011


Surau titi tinggi hilir pdg besar Perlis 4 ptg 11/9/2011

KANGAR, 11 Sept (Bernama) -- Lebih 100 penduduk di beberapa kawasan rendah di Chuping, Titi Tinggi, Beseri dan Bintong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak tiga hari lepas.

Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Perlis, mereka adalah daripada 47 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka setakat pukul 9 malam ini.

Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Panggas Besar, Dewan Guar Medang Gatal, Dewan Kampung Melayu Batu 15, Dewan Kampung Syed Omar, Surau Kampung Syed Omar dan Surau Panggas Kecil.

Paras air di Empangan Timah Tasoh sehingga pukul 6 petang tadi ialah 29.26m iaitu masih di bawah paras bahaya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, berkata sehingga kini enam pintu air telah dibuka bagi memastikan paras air di empangan itu sentiasa terkawal.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

-- BERNAMA
p/s: sejuk ni cuaca, okay lah nak sambung tido! cau

No comments:

Post a Comment