Gadis2 Perlis
Sungai Arau, Jam 7
memang lebih teruk, senang kata, masa tu Perlis lumpuh, bandar2 terpaksa bergelap, air takde, masa tu, dalam UiTM sendiri makanan terpaksa dicatu, nasi goreng dua senduk RM 2, ATM tak dapat keluarkan tunai lagi, dan kebanyakan jalan-jalan keluar dari Perlis semuanya ditutup.
Gambar terkni jam 2 pagi depan Putra palace, Kangar
Nak salah kan siapa?kerajaan negeri perlis sepatutnya bertindak atasi masalah ini, , Kalau Banjir kat Perlis ni, 1 reason is empangan, as a conclusion kaji semula sistem empangan, adakan had amaran berperingkat dan lepaskan air mengikut peringkat demi peringkat, ini dh dekat paras JINGGA bru nk lepas air, sekali bukak 4 pintu..pastu semua pintu, releven ke mcm tu? Memang ada la improvement yang dah dibuat, kalau dulu Jalanraya dekat Arau ni memang air akan naik, now dah ditinggikan, but the problem is kesian rumah2 kat tepi2 jalan, semua nye akan tenggelam.
Tenggelam lagi signboard ni
takkan tiap kali banjir depa nak pecah pembahagi jalan? lepas tu buat baru, banjir, pecahkan balik, sampai bila? YB2 setakat turun naik bot 5 minit, media tangkap gambar, then mula la cakap itu cakap ini, bagi hamper siap tagline "sumbangan ikhlas dari YB sekian, sekian... ", rasa-rasanya pihak insurans pun malas dah nak cover, satu masalah yang memang membuatkan semua orang kat Perlis ni bermasalah sekali pun x boleh settle?
esok nak UPSR boleh score subjek berenang
nota kaki : good luck untuk Semua budak2 yg akan ambil UPSR kat Perlis, mungkin boleh dapat 6A tahun ni
No comments:
Post a Comment