Monday, 17 October 2011

Melayu? kita satu rumpun

Nota kepala : ini artikel yang sedikit ilmiah, kalau kau tak minat sejarah mesti bosan entry ni :) hehe

Baru-baru ni terjadi lagi kes Malaysia-Indonesia yang entah bila dan tak pernah habis, di mana kes terbaru ni, ada rakyat indonesia mendakwa Malaysia telah mengambil tanah mereka seluas 1,000 hektar secara haram di Kalimantan Barat, kalau nak ikut kan sempadan indonesia-sarawak tu, aku rasa kawasan tu adalah kawasan hutan tebal, ada ke orang duduk kat situ? and tak cukupkah tanah dekat Borneo Utara iaitu Sabah dan Sarawak yang dimiliki Malaysia? walhal tanah kat situ lebih besar dari semenanjung sendiri. so bagi aku kes ni hanyalah satu kes dimana terdapat pihak yg ingin meniupkan api kebencian rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Umum sendiri tau atau lupa, bahawa kita semuanya adalah serumpun, satu nusantara, menggunakan Bahasa Melayu, sedangkan Indonesia dan Malaysia juga menggunakan kata dari Bahasa Melayu standart iaitu BM Johor-Riau, pendapat peribadi aku, tak perlulah nak ubah ke Bahasa Indonesia atau Bahasa Malaysia, sedangkan orang2 di Singapura dan Brunei juga menggunakan bahasa melayu, adakah perlu wujudnya Bahasa Brunei, atau Bahasa Singapura? Ini semua politik.

Kalau di Indonesia sendiri mereka tidak mengaku mereka itu melayu kerana melayu disana hanya dikenal sebagai etnik sahaja, tidak sepertimana di Malaysia, melayu itu melayu, melayu itu jawa, melayu itu banjar dan semua yang serumpun adalah melayu dan beragama Islam, pada hakikatnya senusantara itu sendiri adalah melayu, kerana bahasa atau loghat berbeza kita semua berasal dari suku bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia.

Melayu yang berdaulat itu melayu yang beraja, bersultan di hati rakyat, kerajaan melayu bersultan tetap ada dan tetap wujud di serata nusantara, tapi sedihnya, sultan di Indonesia tidak langsung mempunyai kuasa dalam kuasa pemerintahan mereka yang memilih menjadi satu republik, sedangkan pemerintahan sultan itu sendiri wujud sehingga sekarang, pernah kah kita tau semasa UMNO di tubuhkan di Istana Besar, Johor Bahru pada tahun 1946, 4 bulan sebelum itu satu tragedi berdarah telah berlaku di Sumatera, Indonesia di mana 5 sultan-sultan dan kerabat mereka dibunuh dengan kejam oleh Komunis yang sebulu dengan Sukarno (kalau tak silap) kerana mereka mengangap sistem Fuedal itu tidak patut lagi digunakan.

Adakah kita tau, orang-orang Indonesia sendiri di kawasan Riau, Pekanbaru dan kawasan sekitarnya masih lagi mempertahankan warisan melayu sepertimana di Malaysia, mereka masih lagi berzapin, berdendang sayang, dah masih lagi membacakan gurindam Raja Kechil. Segelintir nya yg tinggal di kawasan sumatera selatan masih lagi boleh berbahasa melayu seperti mana bahasa johor yg berakhir dengan sebutan E, dan jika di Sumatera Utara, mereka ada yang bertutur seperti mana di kawasan Utara Malaysia, kerana Melayu itu satu, melayu itu serumpun.

Dalam konflik antara dua negara, melayu di Selatan Thai, iaitu melayu Patani hampir dilupakan, dimana kerajaan Thailand menukar gelaran mereka dari melayu thai kepada muslim thai, bahasa melayu juga ditukar gelaran kepada bahasa Yawi. Tanah Patani itu adalah tanah melayu kerana itu sehingga sekarang, perjuangan pembebasan Patani masih lagi berterusan, dimana mereka ditidakkan hak mereka sendiri di tanah air sendiri sejak tahun 1902 (kalau tak silap), mengikut sejarah Patani dan Kedah itu sendiri adalah satu, iaitu dari satu kerajaan Langkasuka
walau bagaimanapun, kerajaan-kerajaan kecil di selatan sebenarnya mempunyai sejarah yang panjang bermula dengan Langkasuka yang terpecah-pecah kerana peperangan dan kerana agama. Contohnya apabila raja Patani iaitu salah satu pecahan Langkasuka menganut Islam, saudaranya di Ligor tidak mahu menganut Islam dan kekal dalam agama Buddha. Raja Ligor terus berpihak kepada orang Thai dari utara kerana persamaan agama. Raja Kedah yang pertama menganut Islam adalah pada abad ke - 11 M. Baginda bernama Sultan Muzaffar Syah. Gelaran sebelum Islamnya ialah Phrah Om Mahapudisat atau Prabhu Om Mahabodisatwa.

Bila kita mendengar orang-orang di kedah atau perlis mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Thai di selatan dan juga bahasa Thai tengah. Contohnya "Ku pai kon nah", dalam bahasa Melayu Kedah terjemahannya berbunyi "Aku jalan dulu nah". Persamaannya adalah pada partikel belakang iaitu "nah". Orang2 melayu di Patani kini dijajah Oleh Pemerintah Thailand, dan perkara ini telah berlaku selama seratus tahun ++ sejak perjanjian yang dilakukan oleh British.

Aku cuma sedih bila aku lihat melayu sesama melayu bergaduh, memperlekehkan sesama sendiri, apa nak jadi? Bagaimana Melayu Singapura yang terus berjaya dari hari ke hari, kita melayu disini terus dengki mendengki, kita juga mungkin busybody, bila ada artikel mengenai Gereja terbesar dibina di Bukit Jalil terus kita melatah, kerana apa? apa yang kita dapat? benda dah diluluskan, bila persepktif kita sama seperti melayu diSingapura, urusan agama itu urusan antara tuhan dan dia, tidak perlu busy body tentang hidup orang lain kerana diri kita sendiri masih belum sempurna. Mengikut salasilah keluarga aku sendiri, nenek aku berasal dari singapura, nenek aku ada 7 org adik beradik, 4 orang pindah ke Malaysia dan menjadi warga negara dan 3 Orang lagi terus menjadi orang melayu Singapura. So kesimpulannya bagi aku, selagi kita di Nusantara, selagi itu melayu di mana-mana, hentikan pergaduhan, hentikan peperangan sesama kita, kerana Melayu itu takkan hilang didunia selagi kiamat belum menjelang tiba.

nota kaki: hmm bila search melayu kat internet je mesti keluar Melayu Bogel, melayu Boleh, dan macam2 melayu lagi -__-'




lagu Melayu Riau

Reference : melayu.com, ilzaf.multiply.com/links/item/3 , artikel2 di FB, Youtube dan Blog Alter terahsia bangsa Melayu.

2 comments:

  1. terkedu dengan carian internet pasal Melayu. :O

    ReplyDelete
  2. tu lah, cuba search chinese and indian, tk dpt result mcm tu. ahha

    ReplyDelete