Monday, 24 October 2011

#OctTwtFest : Berjaya pecahkan rekod dunia.

Dalam 2 entry lepas, aku ade menceritakan tentang #OctTwtFest, bagi aku event ini telah berjaya, tahniah dan jutaan terima kasih kepada para organizer Twitterjaya @karrotgold, @Aidasue, dan beberapa tweeps yang lain, event ini juga turut diwar-warkan didalam astro Awani dan Bernama, termasuk mendapat liputan dari The Star, E, dan beberapa majalah yang lain.


*gambar ehsan Results for #octtwtfest

Dalam kesibukan hari minggu yang lalu, aku bersama beberapa rakan-rakan, @ApitAzhar, @fernandofaez, dan @SyahrilLuez berkesempatan juga untuk turut ke venue, di mana semasa dalam perjalanan kami sesat untuk keberapa kali tah -.-' pusing2 tempat sama juga, and bagi aku, bagi orang yang tak biasa dengan subang hitech, mesti jadi macam kitorang, blur tempat tu kat subang ke or dekat shah alam. Nak harapkan gps, line lembab nak mampus.

Setelah sesat untuk seberapa ketika, kami pun akhirnya sampai di venue #OctTwtFest yang penuh dengan gadis-gadis panas, dan lelaki-lelaki stylo yang lain termasuk lah kami, eh? bila sampai pun agak2 boleh blur lagi, mana 1 bangunan digi? ada 3 digi di situ nampaknya, dan setelah melihat ramai awek2 berlari ke satu bangunan kami pun parking kereta, yah jangkaan kami tepat, so masa kitorang sampai hujan tengah renyai2, so takde lah adegan beratur pepanjang seperti yang telah ditwitpic oleh @faliqfahmie sebelum itu.


*gambar ehsan Results for #octtwtfest

Bagi aku sendirilah, event ni sebenarnya best, jika kita dapat hayati bersama, haha ye lah ada pes, ada performance kat stage, ada karaoke, dan ada juga tayangan filem, tapi tempat untuk event ni amatlah sadis kerana tempat itu kecik yer, sempit nak jalan pun teraba-raba? :O haha biasalah event pun digi sponsor kan, buat dekat hq sendiri la senang, ramai juga yang datang, and ramai juga rakan2 lama yang aku jumpa.

So, kesimpulannya, *ehem dah mcm essay pulak, event ini telah berjaya memecahkan rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh .... malas nak cari, sape tah yang pegang, btw #octtwtfest telah merekodkan 2615 kehadiran, *actly lebih, sebab yg datang dgn aku, aku sorang je yg pergi reg, yang lain cam nakharomnirajim takmo register.


*gambar ehsan Results for #octtwtfest

p/s: gambor? ade dekat slr faez dan mamat tu sungguh lembab dalam bidang upload mengupload ni, btw gambor aku takde pun dekat event, sibuk tangkap gambo orang sampai terlupe -__-' and sangat sedih kerana tidak dapat berjumpa #twittercrush saya, sekian okay bye.

No comments:

Post a Comment