Thursday, 13 October 2011

#OctTwtFest : mari sertai warga twitterjaya

Hello duniaaaa, soalan hari ni adalah..adakah anda mempunyai Twitter? okay. twitter adalah salah satu social network yang pesat membangun, peh! ayat karangan ni, okay get to the point, jika kau orang ada account twitter, so lately mesti ada dengar pasal #OctTwtFest kan? haritu siap trending lagi, tau tak ape kejadah kah #OctTwtFest tersebut? okay #OctTwtFest adalah satu party tahunan yang terbesar yang menampilkan banyak dj-dj terkenal seluruh dunia! ok tipu.



#OctTwtFest adalah satu festival twitter yang akan diadakan di HQ Digi, Shah Alam pada 22 October 2011 nanti, jangan tanya aku kat mana HQ digi tu pasal aku tak usha google maps lagi *lol. objektif utama festival ni diadakan adalah untuk mengumpulkan sebanyak 1500++ check in didalam satu kawasan dimana ianya akan direkod kan di dalam Malaysian Book of Record sebagai tweetup yang paling berjaya abad ini. eh?

#OctTwtFest adalah satu kesinambungan dari event #Oct23rdTwtupyang diadakan pada tahun lepas dimana mereka berjaya mengumpulkan para selebriti tanah air dan juga tweeps tempatan. sebanyak 250 check-in telah berjaya direkodkan.

so? berminat? lu orang ada twitter? kau ade? kau ade? haaa apa tunggu lagi, mari kita jumpa disana. *kalau aku free on that date aku pergi *LOL! mari kita semua bersatu hati dan memeriahkan event tersebut, banyak aktiviti menarik yang akan diadakan antaranya karaoke, traditional games, movie marathon, garage sales booth, celebrity show dan juga lagu-lagu top tanah air seperti Gadis twitterku dan juga Cinta Muka Bulu yang dinyanyikan oleh @Luna_Rahman lirik gubahan @ciksenah, Btw jangan lupa follow gua @bzlinj , nanti gua follow lu baik, kita hello hello. ciau!

P/s: more info pergi saja ke : http://octtwtfest.wordpress.com/

alamatnya disini brotha -

DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096

22nd October 2011
3 pm to 12 am


nak beli baju ni? RM 49.90 di SINI
*mungkin ada jual di event.

1 comment: