Saturday, 12 November 2011

Xpdc 111111 1 UiTM 1 Malaysia : Team Gunung Chabang.

Lama blog ini sepi tanpa entry, mungkin aku terlalu busy masa cuti sem ni, hanya seminggu lagi sebelum cuti sem berakhir, kuliah akan bermula pada 20.11.2011 *lawa tarikh. semalam. 11.11.11 aku baru balik dari ekspedisi 30 puncak 1 UiTM 1 Malaysia, dalam usaha menaikkan nama UiTM untuk direkodkan dalam Malaysian Book Of record sebagai projek pendakian terbesar pernah diadakan membabitkan 30 puncak 30 kumpulan, sebelum ini rekod dipegang hanyalah 19 puncak.

Jika disahkan semua kumpulan selamat tiba di Puncak pada 11.11.11 maka nama UiTM sekali lagi akan direkodkan, UiTM juga pernah melakarkan sejarah dimana mahasiswa UiTM sendiri Muqarobbin berjaya menawan Puncak Gunung Everest satu ketika dulu.


bersama John sebelum mendaki, di Kg Orang Asli, Pos Selim



20 minit pendakian, ketua Ekspedisi meracau, dipercayai dirasuk, seakan-akan histeria dan sukar bernafas.



bergambar ketika dalam pendakian.






awal pagi, cuaca baik,camp site hanya 45 minit dari puncak.



Periuk kera


Geng Kerek's bersama Amir, Guide SOS


Kerek's di Puncak.


semua pendaki, Kerek's dan Komander Kesatria.



Baru turun, sampai di Starting point

Alhamdullilah ekspedisi ini boleh dikatakan berjaya, walaupun ada sedikit masalah membabitkan jurulatih komander yang injured di kaki, berjaya di bawa turun oleh Bomba. Ekspedisi ini membabitkan Kelab Rekreasi UiTM perlis (Kerek's) dan juga Komander Kesatria UiTM Perlis. Gunung Chabang ini setinggi 1711 meter, atau 5612 kaki dari paras laut.

5 comments:

  1. wslm, hehe sabah lagi best, trusmadi lagi tinggi :D

    ReplyDelete
  2. salam xpdc dri komander kdah=)i folow u..

    ReplyDelete
  3. hey thanks :) kedah? dekat je. boleh xpdc sekali ni hahah

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...
    wah bestnya Gunung Chabang
    kami pula ke Gunung Bubu..
    (Melaka)

    ReplyDelete