Saturday, 3 December 2011

Sambung balik diploma.

Salam semua.

Yap, dah lama aku menyepi, actly tak pun, kalau tengok twitter tiap jam update, tapi aku cuma menyepi dari berblogging. kira lama juga aku tak buat the latest entry after aku turun dari chabang haritu, dah 2 minggu sem empat ni bermula, sedar tak sedar dah 4 sem aku kat sini, dekat setahun lebih dah.

Masa mula2 sem tu, memang ada ura2 yang aku tak akan kembali ke Arau lagi, yah aku dapat fast track untuk buat IB (international business) di kampus bandaraya Melaka, dan yang membuatkan confirm nye adalah aku sememangnya dah tekan accept pada surat tawaran hari tu, no turning back bak kata orang, ke Melaka la aku patutnya.


Bila aku balik Arau masa sem baru start, goal aku memang aku nk setelkan semua benda sebelum aku cau dari Arau, ramai juga yg menyokong aku ke fast track dan ramai juga yang tak sokong. -.-' tapi takpe lah, walaupun aku dah tekan accept and student status aku di UiTM Arau tidak lagi aktif, 'student status not valid (-1)', masih ada lagi yang memberi pandangan kebaikan dan keburukan pergi ke FT ni.

Last minit juga lepas aku mengerjakan sembahyang istikarah untuk kali kedua, hati aku kuat mengatakan supaya aku terus kekal di bumi arau untuk 2 Sem lagi, insyallah. Selepas membuat sedikit urusan dengan pihak kampus induk dan menghantar surat pembatalan, akhirnya fast track aku telah cancel and aku telah aktif semula menjadi student UiTM Arau, insyallah untuk semester2 yang tinggal ni, aku akan membuat yang terbaik, maybe aku dah forgone an opportunity that only come once, tapi bak kata mak aku, semua itu ada hikmah, mungkin aku akan dapat yang lebih baik lagi, sekarang ni ada lagi urusan aku tak selesai sebabnya id aku untuk FT masih lagi aktif, so ada 2 student id untuk aku dan kedua-duanya able to register courses. lol

p/s: untuk kawan2 batch yang terus ke FT, good luck yah!

2 comments:

  1. Hikmahnya..dpt sijil diploma nnti..leh grad 2 kali..HEHEHEH
    Lagi 1..g degree nnti leh wat PC..senang nk skor..
    sbb ramai kwn yg wat f.track ni..kena masuk dari part 1..

    ReplyDelete