ini sedikit sedutan berita mengenai fenomena ini :
Ribut geomagnet kuat dalam enam tahun diramalkan mencecah medan magnet Bumi pada bila-bila masa hari Selasa (24 Januari), dan dijangka menjejaskan laluan syarikat penerbangan, grid kuasa dan satelit.
Coronal Mass Ejection dari atmosfera Matahari menuju ke arah Bumi pada hari Ahad(22 Januari), membawa partikel solar bertenaga pada kira-kira 5 juta batu sejam(2000 km sesaat), kira-kira lima kali lebih cepat daripada partikel solar biasanya.
Jika terjadi frekuensi tinggi boleh mengganggu komunikasi radio yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan berhampiran dengan Kutub Utara dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.
Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian khusus kapal angkasa untuk menghalang dari dos yang memuncak dari radiasi solar.
Ribut geomagnet kali ini mungkin akan berukuran sederhana atau kuat, tahap dua dan tiga pada skala tahap lima, lima yang paling ekstrem
wow sangat membahayakan, mana la tau kan, semua wireless device akan terjejas, jadi pasni semua akan berhubung secara telepati mcm orang dulu
Org ckp masa zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu, masa zaman Hang Tuah, manusia berhubung melalui telepati, mungkin juga ribut geomagnet ni, merosakkan sel2 dn saraf2 manusia pada tahun 1511 dulu pastu terpaksa la manusia cipta telefon seperti apa yang kita nikmati pada hari ini.
Dulu-dulu kan pendekar buleh terbang, tak kisah la kat china ke, kat Tanah Melayu ke, Kepulauan Jawa ke, tapi mungkin jugakla magnetik storm ni telah menjejaskan system tubuh manusia utk terbang, maka terpaksalah manusia cipta payung terjun,helikopter dan alat2 untuk terbang.
Teori yang aku bagi diatas sangat2 berguna untuk kita semua fikirkan, mari lah kita berfikir.
p/s: I'm survived from Solar Flare. (26th Jan). Status terkini ribut geomagnetik dilaporkan oleh ANGKASA : http://www.facebook.com/notes/agensi-angkasa-negara-angkasa/status-terkini-fenomena-ribut-geomagnetik-26-jan-2012/335589043130574
serius menakutkan. erk. aq dah tgk pic. cantik tapi.......
ReplyDelete