Hey ya! Dah lama aku tak update apa selepas post aku tempoh hari, kenapa aku kata ini post melepaskan lelah di tangga? sebab aku post ni even test aku tak habis lagi, rilek dulu tengah2 tangga ni, sekarang ni life aku macam busy dari minggu lepas aku disogokkan dengan test-test dan quiz-quiz tanpa henti, otak aku pun boleh jam macam ni, minggu depan jumpa lagi test law, minggu ni dari hari isnin hari tu, banyak presentation yang aku terpaksa buat. Untuk subject Public Relation aku cuba untuk bawak isu AUKU, memandangkan isu ini agak famous, tapi malangnya kebanyakkan kawan2 sekuliah dengan aku tak tau apa itu AUKU, ada yang tau tetapi tidak cakna akan isu semasa, isu Adam adli, kenapa terdapat segolongan radikal mahasiswa yang menentang akta ini, jika dilihat dari sudut undang2, Akta ini sememangnya boleh dilabel sebagai tidak sah sebab membelakangkan perlembagaan Malaysia, macam hak untuk bersuara/berpolitik, hak berpersatuan dan banyak lagi, boleh kaji lebih isu ni kalau nak tau.
Walaupun test penuh, kesibukan aku turut bertambah apabila aku terlibat dengan produksi Pentas Digma untuk teater Tinggi-tinggi si matahari, naskhah teater ni sememangnya boleh dibanggakan apabila menjadi calon untuk dibawa mewakili Perlis dalam manifestasi Teater kebangsaan, insyallah jika berjaya ujian kelayakan nanti. tugas aku dalam produksi adalah design banner, pamplet dan juga flyers selain tu aku juga turut terlibat dalam mempromosikan pementasan ni yang telah dibuat di Auditorium Taman Budaya Perlis pada sabtu dan ahad lepas, Alhamdulillah pementasan berjaya walaupun terdapat kritikan2 pedas dari aktivitst2 teater.
bersama crew2 produksi dan pelakon teater TTSM
Sebelum aku lupa, Happy chinese new year to all my chinese friends, tak kira lah dari mana pun. and yes, best juga dapat cuti even tak lama, dapat relex jugak. lepas cuti ni mungkin aku akan pergi ke Pulau Langkawi untuk event kayak dengan budak2 dari Sport science, and yes this is my 1st time to try this activity, tak tau la apa rasa, before this just aktiviti darat je macam hiking, tracking and bnyk lagi la, kalau water activity yang aku penah buat pun mungkin tubing, ok mungkin ini je yang aku nak post untuk kali ini, entah ada orang ke idok. see again guys! :)
No comments:
Post a Comment